Tuesday, May 15, 2007

SEKILAS PANDANG



LOGO


PENTERJEMAHAN

Warna

Biru : Pendidikan berteraskan kasih sayang

Kuning : Taat & patuh kepada peraturan

Merah : Semangat untuk belajar

Putih : Membentuk insan Kamil


Tafsiran Ikon


Kijang : Ingin Maju

Buku : Ilmu Pengetahuan

Obor : Menerangi Kehidupan


Cogan Kata


‘ ILMU SULUH HIDUP’


ILMU


Merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Kita dituntut mempelajari ilmu untuk bekalan di dunia dan akhirat. Seseorang yang berilmu kehidupannya akan lebih sempurna, dihormati dan disanjungi oleh masyarakat.


SULUH


Menerangi kehidupan, dapat berdikari dan sentiasa ingin maju


HIDUP

Kehidupan yang penuh dengan ilmu akan menjamin hidup yang yang lebih sempurna

CARTA ORGANISASI


Carta Jawatankuasa SPBT Sekolah


Penasihat : Hjh Wan Radziah Wan Mustapa ( Pengetua )

Pengerusi : Hj Mustaffa Hj Salleh ( PK HEM )

Setiausaha I : En Johari Shariff

Setiausaha II : En Che Kamazuki Che Harun

Pem. Khas I : Pn Teon Lee Kim

Pem. Khas II : Pn Saharwaty Seman

Penyelaras Tingkatan 1 : En Ah Bong Eh Bew

Penyelaras Tingkatan 2 : En Noor Kamaruzaman Noordin

Penyelaras Tingkatan 3 : Pn Siti Sara Che Mat

Penyelaras Tingkatan 4 : Pn Azidah Noor

Penyelaras Tingkatan 5 : En Rosaidi Jaafar

PIAGAM PELANGGAN


Kami warga Unit SPBT dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk :

§ Menguruskan hal-hal buku teks dengan berkualiti dan menepati kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia

§ Menguruskan pemerolehan dan pembekalan buku teks dengan secukupnya

§ Memastikan bekalan buku teks yang diperolehi oleh para pelajar berada dalam keadaan baik

§ Memberi respon kepada permasalahan dalam kalangan guru-guru tingkatan

§ Mengutamakan kepuasan hati pelanggan dalam pengagihan dan pemulangan buku teks

Sejarah & Pencapaian BOSS SMKDBW



Bilik BOSS SMKDBW diasaskan pada tahun 2003 dengan jawatankuasa kecil seramai 4 orang guru dan 30 orang pengawas SPBT.

Bermula dengan 9 buah fail, sebuah komputer terpakai dan rak buku sumbangan ihsan Kedai Koperasi sekolah, Unit HEM, Bilik Guru Kanan dan Bilik ERT.

Pada tahun 2004 Bilik BOSS telah menyertai Pertandingan JUARA ,meskipun tidak mendapat sebarang tempat peringkat daerah, namun ia telah berjaya meningkatkan mutu pengurusan BOSS.

Pada tahun 2005 telah berjaya menduduki tempat ke-3 di peringkat PPD dan mendapat Naib Johan Peringkat Negeri Kelantan.

Pada tahun 2007 telah berjaya dinobatkan sebagai JUARA Negeri Kelantan dan tercalon untuk mewakili Negeri Kelantan bagi Pertandingan Peringkat Kebangsaan 2007

SEJARAH SMK DATO’ BIJI WANGSA


Diasaskan pada10 Jun 1965 dengan nama asalnya Sekolah Menengah Rendah Tumpat. Pada 6 Jun 1968 telah bertukar ke lokasi baru di Kg Kelaboran dengan dirasmikan oleh YB En Khir Johari, Menteri Pelajaran pada masa itu.

Menukar nama kepada Dato’ Biji Wangsa sempena nama seorang tokoh tempatan pada masa itu iaitu Dato’ Che Ha’at yang mendapat gelaran Dato’ Biji Wangsa daripada Sultan Kelantan.